Apa yang kita buat sekiranya ada yang berbuat jahat kepada kita, menzalimi kita, menyakiti kita, dan melakukan bermacam-macam perkara yang kurang baik terhadap diri kita. Pastinya sukar untuk membalas kebaikan.

Tenang.

Tanyakan pada diri.

Kalau kita buat baik kepada orang yang buat baik kepada kita, itu tandanya kita buat baik kerana diri kita.. bukan kerana Allah SWT. Contoh, apabila kebaikan telah kita nikmati, maka timbul rasa ingin membalasnya.

Baik dibalas baik. Ia bermaksud, kebaikan yang kita lakukan itu adalah kerana diri kita sendiri. Dan sekiranya kerana Allah SWT, pastinya berbeza. Kita tetap buat baik, walaupun tidak dibalas baik. Sekalipun kepada orang yang tidak buat baik kepada kita. Cuba kita muhasabah diri kita, untuk siapa kita berbuat baik hari ini? Untuk membalas kebaikan atau kita buat kerana Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda

خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ

Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain”

Hadis di atas menunjukan bahwa Rasullullah s.a.w menganjurkan kepada kita sebagai umat Islam supaya sentiasa berbuat baik terhadap orang lain dan mahluk yang lain. Hal ini menjadi indikator bagaimana menjadi mukmin yang sebenarnya.

Setiap perbuatan maka akan kembali kepada si pembuat. Contohnya kita memberikan manfaat kepada orang lain, maka manfaatnya akan kembali untuk kebaikan diri kita sendiri dan juga sebaliknya. Allah s.w.tberfirman:

إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ

Jika kalian berbuat baik, sesungguhnya kalian berbuat baik bagi diri kalian sendiri” (QS. Al-Isra:7)

Meskipun terasa berat dan sukar, didiklah diri kita. Jernihkanlah hati kita. Jangan beranggapan bahawa, buat baik kepada orang yang tidak buat baik kepada kita itu satu kerugiaan dan sia-sia. Jangan! Sebaliknya, mulakanlah langkah, agar segala perkara yang kita lakukan dan pengharapan kita selama ini, semuanya fokus kepada Allah SWT. Kita lakukan, atas kerana kehendak-Nya, kerana perintah-Nya, dan untuk-Nya semata.

Hakikatnya, kejahatan juga boleh dijadikan kebaikan bila kejahatan itu dibalas dengan kebaikan.

Insya-Allah. Bilamana kita mengamalkan sikap baik ini, orang yang berbuat jahat kepada kita dan orang yang tidak berbuat baik kepada kita, sedikit sebanyak akan terpikat dengan kita. Yakinlah kepada Allah, kebaikan itu akan menghasilkan natijah yang baik. Malah lebih baik daripada apa yang kita sangkakan. Semuanya, berbalik kepada keyakinan kita terhadap-Nya.

Buat baik itu satu kewajipan setiap insan. Usah hadkan kebaikan yang kita lakukan. Ayuh, berikan kebaikan dengan tulus dan ikhlas.

Ini ialah akhlak!

“Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” (QS. Al-A’raf: 56)

Agama mengajar berbuat baik kepada orang yang membuat keburukan.

Buat baik di balas baik adalah biasa
Buat jahat di balas jahat adalah biasa
Buat jahat di balas baik adalah luar biasa

Jom Tonton Video Penuh Di Youtube :
👇👇


Klik Gambar Di Bawah Untuk Dapatkan CD Mahligai Cinta Oleh Ustazah Norhafizah Musa.  :

👇

Call Now Button