“Ya Allah, jangan kau biarkan syaitan menggonggong iman aku dalam masa lima minit ini sedangkan aku telah istiqamah selama 60 tahun dan aku memohon sangat-sangat kepada kamu wahai Allah, tolong hantarkan malaikat rahmat untuk membantu aku ketika sakaratul maut.”
Barangsiapa yang mengamalkan tiga perkara ini iaitu dia yakin, istiqamah dan dia sentiasa membacakan satu doa ini (Surah Ali Imran), maka Allah taala akan terus mengarahkan malaikat rahmat untuk membantu menghalau syaitan yang sedang mengganggu kita saat sakaratulmaut.
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
Rabbana la tuzigh quloobana baAAda ith hadaytana wahab lana min ladunka rahmatan innaka anta alwahhab
(Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)”. (Surah Al Imran , Ayat 8)
Penceramah : Ustaz Dr Azahar Yaakub
Tajuk : 3 Amalan Syaitan Tidak Akan Ganggu Saat Sakaratulmaut
Wajib tonton dan belajar, agar kita boleh bantu mereka yang sedang sakaratul maut dan orang sekeliling kita boleh bantu saat kita sakaratul maut.
Setiap orang pasti melalui saat ini nanti. Dan pasti kita nak ahli keluarga kita tahu apa perkara perlu dilakukan saat kita sedang menghadapi sakaratul maut.
Dapatkan Pendrive Persiapan Kematian untuk Muhasabah Iman , Sila klik link atau gambar di bawah 👉 http://nak.la/ppk
Dapatkan Pendrive Persiapan Kematian untuk Muhasabah Iman , Sila Klik Link atau Gambar Di Bawah 👉 http://nak.la/ppk