KENALPASTI BENTUK SIHIR DAN TANDA-TANDA SIHIR

image

PENGENALAN

Hubungan manusia dan sihir merupakan hubungan yang cukup lama, ia terbentuk sewaktu awal kejadian manusia diatas muka bumi ini sehinggalah hari ini. Berpunca dari perasaan dengki, cemburu, cinta serta kasih dan sebagainya mewujudkan ilmu sihir ini. Untuk membicarakan pengertian sihir secara terperinci adalah terlalu sukar, ini memandangkan sihir terlalu seni untuk dibicarakan.

a) Berkata Ibnu Manzur : “Tukang sihir menampakkan sesuatu yang bathil itu benar dan mengubah sesuatu daripada hakikatnya.Sesungguhnya tukang sihir telah mengubah sesuatu daripada bentuknya yang asal”

b) Ibnu Qayyim: “Sihir ialah berpunca daripada kesan campurtangan ruh-ruh yang jahat (jin&syaitan).”

c) Abu Laits berkata : “Sihir adalah suatu perbuatan yang di lakukan dalam rangka mendekatkan diri pada syaitan dengan bantuan syaitan tersebut.”

TAKRIF SIHIR

Al-Qurtubi dalam menakrifkan sihir menyebut bahawa sebahagian dari jenis sihir memiliki pengaruh terhadap hati seseorang seperti: perasaan cinta, benci, mendapatkan kebaikan dan musibah, disamping itu mampu terkesan kepada sakit badan atau sebuah ungkapan tentang perkara yang tidak nampak pada pandangan kasar manusia tetapi mampu dimiliki bagi mereka yang berusaha untuk menyakiti orang lain seperti menganggu kesihatan, harta kekayaan atau hubungan antara manusia dengan menggunakan mentera dan alat alat khusus.

DALIL AL QURAN

Kedapatan hujjah yang kukuh terhadap sihir ini antaranya dalam surah Al Baqarah ayat 102 (terjemahan). (Tafsir Al-Qurtubi 2/55) “Dan mereka mengikuti apa-apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (Tidak mengerjakan sihir), Hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami Hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, Sesungguhnya mereka Telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (Kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka Mengetahui.”

DALIL HADIS

Rasulullah s.a.w menerangkan permasalahan sihir ini di beberapa keadaan antaranya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Bajalah bin ‘Abdah meriwayatkan bahwa Umar bin Al-Khaththab -Radhiallahu ‘anhu telah menetapkan perintah, iaitu: “Bunuhlah tukang sihir laki-laki maupun perempuan.” Kata Bajalah selanjutnya: “Maka kami pun melaksanakan hukuman mati terhadap tiga tukang sihir perempuan.”

DALIL SIRAH

Pada tahun ke 7 hijriah selepas balik dari Hudaibiyah, seorang penyihir Yahudi yang terkenal telah menyihir Rasulullah s.a.w sehingga Rasulullah merasakan seolah-olah telah bersama dengan isterinya selama enam bulan sedangkan ia tidak bersama. Sehinggalah Rasulullah didatangi oleh malaikat jibril dan mikail berada di kepala Rasulullah dan di hujung kaki Rasulullah lalu di beritahu yang Rasulullah s.a.w telah disihir dan sihir tersebut di letak di dalam telaga Zarwan sehinggalah Rasulullah mengambil bahan tersebut dan ditanam bahan tersebut.

image

SIFAT YANG ADA PADA PENYIHIR

1- Mempersembahkan hidup dan matinya untuk syaitan serta semua milik harta dan keturunan untuk syaitan.

2- Harus bersedia untuk mendurhaka kepada Allah.

3- Harus menjadi keras hatinya dari perasan kasihan kepada mangsa.

  1. Tidak takut dan gentar ketika datangnya jin atau iblis walaupun dalam keadaan yang menakutkan.
  2. Tidak ada perasaan penyesalan apabila ia melakukan khianat dan tidak dibantu oleh iblis dalam kerja terkutuknya dan seharusnya ia sentiasa merintih kepada iblis dalam setiap kerjanya.
  3. Harus ada keyakinan dengan mantap kepada kekuatan syaitan dan harus baginya memusuhi agama Islam.
  4. Seboleh mungkin memencilkan diri dari orang ramai kecuali apabila menjadi satu tuntutan dalam ilmu sihirnya dengan tujuan untuk mendatangkan mudharat kepada manusia.

CARA PENYIHIR MENIMBULKAN KESAN KEPADA BADAN

Terjadinya hubungan bahan-bahan ini dengan orang yang di sihir dengan cara :

1- Melalui makanan atau minuman. Orang yang akan disihir harus memakan atau meminumnya agar pengaruh sihir masuk kedalam badan

2- Melalui perantaraan tanah yang ditabur di jalan yang akan di lalui oleh orang yang akan di sihir. Jika orang tersebut melangkahinya maka terkena sihir ini.

3- Melalui rambut, kuku, baju yang ada peluh orang yang akan disihir, ini termasuk bahan yang boleh di tampal di tanam , ditusuk di balikkan patung, ditanam atau di masukkan kedalam sungai atau laut. Jin hamba kepada tukang sihir mengenali orang yang akan disihir dengan bau peluhnya.

4- Melalui angin yang diseru dan di panggil nama orang yang akan di sihir.

JENIS-JENIS SIHIR

1- Sihir pemisah (perceraian)

Berubah keadaan dari cinta menjadi benci, semakin banyak keraguan yang timbul antara suami isteri, saling bertengkar walaupun perkara yang remeh temeh dan sukar memaafkan, berubah bentuk isteri di mata suami dan sebaliknya, orang yang di sihir membenci semua perbuatan yang dilakukan oleh pihak lain, orang yang terkena sihir benci tempat yang di duduki oleh pihak lain, di luar rumah merasa tenang dan apabila pulang kerumah merasa bosan. Bahan yang di gunakan seperti tahi besi yang di tabur di jalan yang di lalui oleh mangsa atau di tanam di mana-mana kawasan rumah

2- Sihir Percintaan (penunduk)

Puncak cinta dan keadaan nafsu yang berlebihan, hasrat yang kuat untuk selalu bersama, tidak ada kesabaran untuk berhubungan badan, kerinduan yang sangat dan selalu ingin bertemu, ketaatan yang buta terhadap pasangan

3- Sihir membatal atau menunda perkahwinan

Biasanya melalui 2 cara jin merosakkan.

a) Jin masuk dan menutupkan keinginan perempuan terhadap orang yang mahu meminang atau menikahinya.

b) Jin tidak dapat masuk tetapi menyihirnya dengan memberi khayalan dari luar, ia memberi khayalan kepada pasangan bahawa ia saling buruk. Dengan demikian maka setiap lelaki yang meminangkan mengundur diri tanpa sebab padahal sebelumnya sudah saling setuju.

4- Sihir yang mengikat lelaki dan perempuan

A) Kepada lelaki :

1) sebelum kahwin alat kelamin berfungsi dengan baik tetapi selepas kahwin maka alat kelamin tidak mampu berfungsi.

2) alat kelamin berfungsi dengan baik di luar rumah akan tetapi apabila mendatangi isteri alat kelaminnya hilang fungsi.

3) Alat kelamin berfungsi dengan isteri ketika bergurau senda tetapi apabila bersama hilang fungsi.

B) Kepada perempuan :

1) Ada penghalang di dalam alat kelamin isteri berupa daging yang menutupi lubang vagina isteri.

2) Ketika ingin mengauli isteri, isteri merapatkan paha agar suami tidak dapat bersama kerana halangan perasaan atau kesakitan.

3) Adanya pendarahan apabila disetubuhi, tetapi apabila menjauhi isteri maka darah tersebut berhenti.

5- Sihir dimandulkan

Tidak dapat zuriat walau pun di sahkan oleh doktor pakar bahawa ia tidak mempunyai masalah.

6- Sihir pukau

1) Menyebabkan seseorang itu kaku, kelu dan tak mampu bertindak balas samada melalui pandangan, pendengaran atau anggota Badan yang lain. Ia sudah berada di bawah penguasaan pemukau tersebut dan bertindak mengikut arahan yang diberi oleh pemukau tersebut.

2) Menyebab mangsa tidur lena tidak mengetahui perkara yang berlaku di sekelilingnya.

Bagaimana terjadi pukau?

1) pandangan mata yang tajam yang mengandungi racun syaitan (memberi salam dan mengarahkan).

2) Melalui sentuhan dengan berjabat tangan atau menepuk belakang mangsa. Rasululullah menyebut : “Pandangan mata itu merupakan panahan dari panahan iblis yang boleh terkena kepada hati mukmin.”

7- Sihir Gila

Mangsa menjadi sasau, meracau, bertempik, kebingungan, pelupa, kadang kadang tidak sedar diri, mata mangsa terbeliak dan melilau, ditahap yang kritikal berjalan yang tidak ada arah tuju dan tidur tidak menentu dan mula ingin berada pada tempat yang gelap.

8- Sihir Sakit anggota badan

Tandanya mengalami sakit yang berpanjangan pada salah satu anggota badan, kerap kali di serang sawan, mengalami kelumpuhan pada salah satu anggota tubuh, melumpuhkan semangat dalam melakukan aktiviti seharian.

9- Sihir Pendarahan (Darah istihaadah)

Tandanya darah yang tidak berhenti pendarahan walaupun sudah melalui tahap masa kebiasanya. Menurut ibn Al athir darah isthihadah ialah darah yang keluar dari kemaluan wanita selepas hari hari haid sebagaimana biasa. Jin yang bergerak di dalam saluran darah orang yang disihir tersebut. Biasanya jin akan menendang rahim sekuat hatinya dan darah keluar dari saluran tersebut. Inilah yang berlaku kepada seorang wanita di zaman Rasulullah Hamnah binti Jahsy lalu Rasulullah menyebut : “Sesungguhnya darah itu hasil sepakan syaitan, syaitanlah yang menendangnya”

10- Sihir Santau

Santau di bahagikan kepada dua bahagian:

1) Santau menggunakan bahan yang gatal dan miang lalu di jampi serapahnya untuk di tujukan kepada seseorang.

2) Santau yang menggunakan bahan miang, bisa terdiri dari lipan bara, bisa ular, ubur-ubur, ulat mati berangan dan sebagainya. Di gaul dan di peram beberapa bulan dihantar kepada yang ingin dituju tanpa dibaca. Tanda-tandanya ialah gatal, batuk berdarah dan miang seluruh tubuh badan terutama menjelang senja dan batuk berdarah serta kulit membengkak pecah dan berair disertai rasa bisa. Biasanya kalau sekiranya tahap yang kritikal seseorang tersebut akan Nampak kebiruan dan kehitaman pada jari jemarinya.

11- Sihir Penutup

Biasanya di kenakan kepada peniaga. Antara tandanya, bau hanyir di tempat perniagaan, lesu untuk datang bekerja, pertengkaran sesama anggota kerja yang tak berkesudahan walaupun perkara kecil, seringkali orang melihat tempat kerja tertutup sedangkan kedai di buka.

TANDA -TANDA TERKENA SIHIR

1) Pening kepala yang berpanjangan terutama pada waktu senja

2) Mimpi yang menakutkan

3) Sakit dada dan resah menjelang senja

4) Sakit di dalam perut bagaikan di pulas urat perut atau terasa bagaikan ada benda yang bergerak di dalam tubuh dan sering terasa bagai di tusuk di perut.

5) Mula nampak alam ghaib

6) Berlaku perkara yang pelik di sekitar umpamanya berbau kemenyan, hanyir, wangi dan sebagainya

7) Berlaku sakit yang tidak di ketahui punca dari doktor

8) Terdengar suara-suara yang memanggil namanya

9) Pening atau pengsan apabila dibaca ayat ruqyah kepadanya.

PENUTUP

Mudah-mudahan kertas kerja yang ringkas ini akan berjaya membuka sedikit ruang ilmu agar menambahkan lagi amalan kita di sisi Allah agar kita terjauh dari syirik kepada Allah. Wallahua’lam.

Akhukum fiddin

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Pengamal Perubatan Di Thibbun Nabawi, Shah Alam

 

ANTARA RAWATAN SIHIR 

1) Pati Aura Bidara Plus

Pati Aura Bidara Plus membantu dalam ikhtiar mengubati saka, sihir, santau, histeria, penyakit ain dan gangguan makhluk halus. Setiap mereka yang mengambil Pati Aura Bidara Plus sebagai rawatan akan mengalami pelbagai simptom seperti muntah, pening, menggigil  , sakit di tempat tertentu dll dalam proses rawatan. Insyallah  simptom tersebut akan beransur hilang tidak lama kemudian. Simptom tersebut di alami oleh mereka yang mengalami gangguan. 

 

Pati Aura Bidara Plus juga boleh di ambil sebelum solat agar solat lebih khusyuk dan untuk elakkan gangguan syaitan yang menyesatkan.

Sesuai digunakan untuk seisi rumah termasuk anak-anak yang malas belajar, malas solat, selalu mengamuk tak tentu pasal, stress, gangguan emosi teruk, masalah suami isteri dan berkaitan dengannya.

Untuk Tempahan, Sila Klik Di Gambar Bawah :

2) CD Terapi Ruqyah (Mengubati Gangguan Jin Dan Pendinding Diri)

CD Ini Menghimpunkan Beberapa Surah Lazim, Zikir Dan Selawat Yang Boleh Di Amalkan Untuk Memohon Pertolongan Allah Daripada Ganguan Makhluk Halus.

Harga : RM20  

Tempahan : 019-6066697

STOK HABIS

 

2) CD RUQYAH

Makna ruqyah secara terminologi adalah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit dan untuk rawatan makhluk halus.
Ayat-Ayat Ruqyah

  1. Al-Fatihah
  2. Al-Baqarah Ayat 1-5
  3. Al-Baqarah Ayat 102
  4. Al-Baqarah Ayat 163-164
  5. Al-Baqarah (Ayatul Kursi) Ayat 255
  6. Al-Baqarah Ayat 285-286
  7. Ali-Imran Ayat 18-19
  8. Al-’Araf Ayat 54-56
  9. Al-’Araf Ayat 117-122
  10. Yunus Ayat 81-82
  11. Toha Ayat 69
  12. Al-Mukminun Ayat 115-118
  13. As-Soffaat Ayat 1-10
  14. Al-Ahqaaf Ayat 29-32
  15. Ar-Rahman Ayat 33-36
  16. Al-Hasyr Ayat 21-24
  17. Al-Jin Ayat 1-9
  18. Al-Ikhlas
  19. Al-Falaq
  20. An-Naas

Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda.

Simptom yang akan didapati selepas mendengar AYAT RUQYAH :

1) Denyutan jantung makin kencang
2) Badan bergegar
3) Terasa ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4) Mengantuk/menguap
5)  Batuk
6) Gelisah
7) Panas di tengkuk

Selepas mendengar ayat Ruqyah ini, insyaalah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita dengan izin Allah. Banyakkan membaca Al Quran dan mendengar Al Quran. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita,ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita  menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar CD ruqyah syariah ini.

Dengan mendegar CD RUQYAH ini, insyaAllah mampu menyembuhkan pelbagai penyakit – penyakit misteri dengan Izin Allah :-

-Fikiran runsing/jiwa gelisah
-Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka
-Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan
-Ketengangan dalam rumahtangga
-Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
-Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa
-Anak-anak mudah mendengar kata orang tua
-Menguatkan hafalan dan pembelajaran
-Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
-Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan

Cara Menggunakan CD RUQYAH Ini :

CD RUQYAH  ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin,kerana fadhilat ayat-ayat Al Quran ini amat mustajab bagi mengusir jin jahat/sihir serta memagar diri kita.Selain itu pesakit juga perlu memperbanyakkan membaca Al Quran dan zikir.

Cara Khusus Untuk Tujuan Tertentu :-

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd Ruqyah ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2)Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3)Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4)Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,sentiasa pasangkan cd Ruqyah

5)Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

Set CD RUQYAH di bahagikan kepada 4 bahagian iaitu :

image

1) Pendinding Dari Gangguan Syaitan

2) Penawar Dan Perisai Dari Gangguan Sihir

3) Penawar Dan Perisai Daripada Gangguan Jin

4) Penawar Saka Dan Ain

HARGA : RM60

TEMPAHAN : 019-60 666 97

STOK HABIS

 

Call Now Button