Apabila kita mengalami kesusahan, ibu bapa kitalah orang pertama yang kita cari. Jika kita berada dalam kesedihan, ibu bapa jugalah yang akan dicari. Begitulah istimewanya hubungan anak dan ibu bapa dalam ikatan semulajadi yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

Segala jasa dan pengorbanan yang ibu bapa curahkan sejak kita kecil sehingga besar adalah tidak ternilai. Malah, jika difikirkan, sebelum kita dilahirkan lagi ibu bapa telah bertungkus lumus mencari rezeki untuk memastikan kita dapat membesar dengan sihat dan selesa setelah dilahirkan.

Bukan itu sahaja, ibu dengan rela hati menggadaikan nyawa melahirkan kita. Setelah dilahirkan, ayah dengan perasaan penuh syukur dan gembira mendukung kita.

Sewaktu kita sedang membesar, ibu bapalah yang paling bahagia melihat kita mengecapi kejayaan walau sekecil mana pun kejayaan kita itu. Contohnya, ketika kita berjaya menuturkan perkataan pertama kita seperti, “Ma”, mereka dengan perasaan penuh gembira mengkhabarkan berita itu kepada sanak saudara dan sahabat handai mereka.

Merekalah juga yang memimpin kita dengan penuh sabar semasa kita mengatur langkah-langkah pertama kita. Mereka yang mengangkat dan membasuh luka kita apabila kita tersungkur. Mereka juga sanggup mengorbankan kepentingan diri dan mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan kita. Itulah ibu kita dulu. Bagaimana saat kita menjadi ibu hari ini? Bagaimana tumpuan kita pada anak-anak kita? 

Detik waktu berjalan tidak pernah menunggu kita. Yang ketinggalan adalah kita. Kita yang selalu tertinggal dan terlupa. Hari ini para ibu bapa sibuk dengan handphone. Pelbagai cara si anak meminta perhatian ibu bapa saat leka dengan handphone. Hingga kita lupa untuk memeluknya, membelai manja, mencurah kasih sayang. Saat waktu berjalan. Kita akan melihat hasil yang kita tuai.

Ayuh kita koreksi diri kita agar kita sentiasa memberi perhatian yang terbaik untuk anak-anak mengikut acuan Islam agar mereka membesar dengan cinta dan kasih sayang kita. Kita bimbang dengan kesibukan pekerjaan dan kelalaian kita menggunakan media massa hari ini mengambil masa kita dengan anak-anak. Akhirnya tanpa kita sedar anak-anak kita yang baby menjadi kanak-kanak dan yang kanak-kanak menjadi remaja. Masa itu sangat mencemburui kelalaian. Gunakan masa sebaik mungkin. Moga ada keberkatan waktu dan pahala setiap detik yang kita lalui bersama keluarga kita.

Ikutilah perbahasan ini! InsyaAllah tidak rugi anda mendengarnya. Mungkin nasihat dari ibubapa yang telah berusia kepada ibu bapa muda kini.

Penceramah : Ustazah Norhafizah Musa
Tajuk : Detik Waktu

Semoga kita semua mendapat manfaat daripada video ini.
InsyaAllah.

Kapsul : Ustazah Norhafizah Musa
Tajuk : Detik Waktu
Olahan : Mardhiah Mustapha
Terbitan : Fateh Team

Bahagia Itu Di Hati : https://goo.gl/CeyBCT

Klik Gambar Di Bawah Untuk Dapatkan CD Kuliah PERCUMA  : 👇👇👇👇

 

 

Call Now Button